Fuh fuh, lagi 7 minit nak 2 January 2012. Motif aku nak terkejar-kejar buat post 1 Januari entah? Ohh, birthday belog :) Aku kan start buka belog ini pada 1 Januari 2009. Semalam tak sempat buat post sebab balik rumah lewat gila, dok merayap kat Shah Alam dengan sanak saudara dan keluarga. Next paper * Januari, wajiblah nak balik bersenang-lenang dulu kat rumah kan? Macam semua orang buat, aku pun nak buat. Jom imbas kembali kenangan tahun 2011.
Januari 2011
New year kat hospital, hoho. Nenek masa ni kena admitted kat Pusrawi kot. Then ada University Sport Carnival, muahahaha, aku tak ingat apa peristiwa lagi, ni pun aku rujuk kat post-post terdahulu. Birthday aku pun, biasa-biasa je. Aku kan manusia yang tak suka surprise, so pergi beli kek sendiri, guna voucher Cik Jah pulak tu, makan sendiri, haha, gila. Eh, tapi kawan-kawan ex roommate DG8 ada belikan kek share dengan Myra, tapi aku marah-marah mereka sebab dok sambut birthday aku. Kurang sopan gila kawan kau orang ni kan? :P Aku kan macho, tak main la surprise-surprise ni. Oh ya, aku berpacaran dengan baby guitar kot bulan ni :) Kalau tak salah lah..
February 2011
Kisah aku berselisih dengan perompak, hoho. Takut ooi. Sibuk dengan exam kot masa ni. Tak ingat dah. Oi, pening kepala la pulak nak menaip ha.
March 2011
Aku highlight yang best-best je lah. Pening kepala ni weh. Ni, kita orang buat team jamming nasyid, haha, baik tak weh?
April 2011
Start gian memasak. Pertama kali jatuh cinta dekat Hudson Indonesia Mencari Bakat :)
May 2011
Sibuk dengan short semester. Best weh first time aku masuk mahkamah sebab kena buat report untuk kelas Bahasa Melayu Perundangan :D
June 2011
Sibuk dengan mooting lah, mock trial lah, apalah.
July 2011
Awwe, pengalaman manis banyak berlaku pada bulan ini. Jatuh cinta pandang pertama dekat Bruno, awwe awwe awwe, berkenalan dengan Hooligans dari merata ceruk dunia, bercuti pertama kali tanpa keluarga, kali ni dengan kawan-kawan je 3 hari 2 malam kat Langkawi, best weh, best gila!! :D
August 2011
Huh, sentap dengan member sekelab. Sampai sekarang kot terkesan dihati. Nak keluar dah pun kelab tuh.
September 2011
Tak ingat apa-apa peristiwa September. -_-
October 2011
Pun tak ingat apa-apa. Damn!
November 2011
Seronok gila. Ni paling seronok, lebih seronok dari trip ke Langkawi sebab dapat join Legal Journey! Pengalaman pergi Henry Gurney memang tak dapat lah aku nak lupakan. Sangat-sangat bermakna dalam hidup aku dowh. Bulan ni aku ingat lagi, busy yang teramat sangat. Dengan Family Day Aikolfest, lepastu kem BRC, lepastu Legal Journey, dengan tests berlambak-lambak.
December 2011
Bulan ini, ceh. Aku diceraikan. Ye weh, ni first time aku berterus terang pasal hubungan private aku dan skandal. Aku dah jadi janda ha. Aku suka lagi perkataan cerai dari clash ke break ke, macam geli je. 4 tahun dah bersama, ceh, nak buat macam mana kan, bukan aku yang tinggalkan dia, tapi kitaorang ok je, tak gaduh ke apa. Malas dowh nak fikir sal jantan, cinta tu apakah? Oi, awat macam frust je taipan ini? Tak weh, sumpah tak frust. Percaya janji Pencipta, tapi untuk bakal laki aku, mintak maaf lah ooi, aku ni pernah berpacaran sebelum ini. Haih~ tak baik mengeluh kan weh? Oh ya, impian aku untuk memiliki Makcik Epal akhirnya tercapai, dengan duit yang aku kumpul berpenat lelah selama ini. Fuh~ ok, itu sahaja, sekian.

1 comments:
hahahahahha, ina suka december. janda hot kowtt ape kesah? nanti nak main aiponnn!!!
Post a Comment